MENU PELAJAR
1.    RUANGAN FORUM DAN CHAT

  Menu ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang, berdiskusi secara sihat bersama-sama staf dan pelajar. Di dalam menu ini, terdapat pelbagai ruangan yang disediakan. Diantaranya ialah ruangan teknologi, bersama staf, bersama pelajar dan umum. Untuk memasuki ruangan ini, pelajar diminta memasukkan login seperti biasa. Di harap pelajar mengunakan sebaik mungkin untuk manfaat bersama. Harap Maklum.

 
2.    MUAT TURUN NOTA/ E-LEARNING

  Menu ini adalah untuk membenarkan pelajar memuat turun nota-nota yang berkaitan dengan pelajar. Nota tersebut kebanyakannya adalah dalam format pdf. Oleh yang demikian, sila pastikan komputer anda mempunyai perisian Acrobat Reader (boleh di download melalui menu diatas). Disini, terdapat pelbagai nota-nota yang berkaitan dengan modul yang sedang diambil mengikut sesi semasa. Nota tersebut di muat naik (upload) oleh pensyarah, staf dan juga yang terlibat di dalam menyediakan bahan pengajaran. Untuk proses akses, pelajar diminta mengisi nombor pendaftaran dan nombor kad pengenalan sahaja.

 
3.    SEMAKAN STATUS PELAJAR

  Menu ini adalah untuk membuat semakan status pelajar samada pelajar berkenaan berdaftar di Politeknik Kota Bharu atau sebaliknya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar tersebut benar-benar berdaftar di PKB. Selain itu, menu ini juga adalah bertujuan untuk memudahkan pensyarah/staf di PKB memastikan pelajar tersebut berdaftar bagi membenarkan pelajar menghadiri sesi kuliah pensyarah modul.

 
4.    SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR

  Menu ini adalah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan akhir. Keputusan peperiksaan akhir boleh dilihat setelah mesyuarat lembaga peperiksaan peperiksaan seperti yang telah dinyatakan. Pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan akhir samada pelajar berkedudukan baik, kedudukan syarat gagal berhenti atau sebaliknya. Setelah keputusan telah dipaparkan, sila pastikan pelajar mengetahui tarikh proses pendaftaran modul bagi semester berikutnya.

 
5.    JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2008 DAN SENARAI MODUL

  Menu ini menyediakan ruangan pelajar untuk memuat turun jadual pelajar, jadual peperiksaan akhir serta jadual modul mengikut jabatan. Untuk peperiksaan akhir semester, pelajar bolehlah memuat turun perkara yang dinyatakan dengan memasukkan no kp dan no metrik pelajar. Sekiranya ada sebarang masalah, sila rujuk penasihat akademik masing-masing atau hubungi pegawai peperiksaan atau AJK peperiksaan jabatan.

 
6.    SEMAKAN PENDAFTARAN MODUL SESI JULAI 2008

  Menu ini menyediakan ruangan pelajar untuk menyemak senarai modul yang didaftarkan pada sesi Julai 2008. Sekiranya ada sebarang masalah, sila rujuk ajk pendaftaran modul jabatan masing-masing.

 
7.    SEMAKAN & CETAKAN KEPUTUSAN LATIHAN INDUSTRI SESI JULAI 2007

  Menu ini menyediakan ruangan pelajar untuk menyemak Keputusan Latihan Industri bagi pelajar yang telah mengikuti latihan industri pada sesi Julai 2007.

 
8.    ESOLMS -Web Based Student Oriented Learning Management System
  (Pilot Project) Untuk Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  Menu ini adalah sebuah program untuk (J5012-Projek) pendaftaran projek. Buat masa ini, program ini hanya digunakan untuk pelajar-pelajar semester akhir bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang mengambil modul J5012-Projek. Adalah diharapkan semua pelajar berkenaan dapat mendaftarkan butiran, serta tajuk projek di dalam talian ini.

 
9.    SOAL SELIDIK PENILAIAN PROSES PENGAJARAN PENSYARAH

  Menu ini adalah untuk tujuan pelajar membuat penilaian kepada Pensyarah Modul yang mengajar. Diharap pelajar dapat membuat penilaian dengan telus. Maklumat pelajar tidak akan direkodkan.

 
 
 
:: Hadis Pilihan
   
   
:: Terkini
:: Makluman Kursus
KURSUS PENGGUNAAN LAMAN WEB JKA
Kursus 'Air Brake System'
KURSUS APLIKASI KOMPUTER
Kursus Aplikasi Laman Web PKB
KURSUS 'ADVANCE AUTOMOTIVE TECHNOLOGY' GERMAN
:: Link Politeknik
:: Hiperangkai