ULPL : KURSUS SECARA SAMBILAN.

Klik Sini Untuk Muat Turun Borang Permohonan KSS

Struktur Kursus

     Kursus dijalankan dalam empat (4) semester mengikut modul yang telah ditetapkan berselaraskan dengan sistem diploma politeknik sepenuh masa. Kelulusan setiap modul berdasarkan kepada tahap kelulusan minima 2.00 dan pelajar dianggap berjaya menamatkan pengajian setelah berjaya lulus semua modul dan mencapai Jumlah Jam Kredit yang ditetapkan dengan mendapat HPNM lebih atau sama dengan 2.00.

Kursus Yang Ditawarkan /Syarat Kelayakan/ Kadar Yuran

     Disini dinyatakan nama-nama kursus yang ditawarkan serta syarat dan kos yuran yang dikenakan.

KURSUS YANG DITAWARKAN

KELAYAKAN SIJIL BERKAITAN

ANGGARAN YURAN KURSUS PER SEMESTER (RM)

Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

Sijil Kej. Awam
Sijil Kej. Awam (Kerja Raya & Kaji Air)
Sijil Kej. Awam (Pembinaan)
Sijil Kej. Awam (Lebuhraya)
Sijil Kej. Perkhidmatan Bangunan
Sijil Teknologi Berasaskan Kayu
Sijil Perancangan Bandar Dan Wilayah
Sijil Seni Bina
Sijil Ukur Bahan
Sijil Ukur Tanah

1270.00

Diploma Ukur Bahan (DUB)

Sijil Ukur Bahan

1300.00

Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE)

Sijil Kej. Elektrik (Perubatan)
Sijil Kej. Elektrik (Kuasa)
Sijil Kej. Elektronik (Kawalan)
Sijil Kej. Elektronik (Komputer)
Sijil Kej. Elektronik (Perhubungan)
Sijil Kej. Elektronik (Petroleum)
Sijil Kej. Elektrik & Elektronik
Sijil Kej. Elektrik (Petroleum)

1500.00
Bergantung kepada
Modul yang diambil.

Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)-(DPM)

Sijil Pemasaran
Sijil Pengajian Perniagaan
Sijil Penyimpanan Kira
Sijil Pemprosesan Data

1110.00

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)-(DAD)

Sijil Kej. Mekanikal (Automotif)

1150.00

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)-(DPT)

Sijil Kej. Mekanikal (Pertanian)

1340.00



Syarat-Syarat Kemasukan

    Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia YANG BERKAITAN* DENGAN KURSUS DIPLOMA YANG DIPOHON serta memenuhi syarat minimum berikut:-
a) Memperolehi sekurang-kurangnya HPNM (Himpunan Purata Nilaian Mata) 2.50 atau lebih pada semester akhir.
atau
b) Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon jika HPNM kurang daripada 2.50.
Catatan: * Maksud berkaitan dengan kursus yang dipohon-sila rujuk syarat kelayakan kursus yang ditawarkan.


Sistem Penilaian

     Modul am dan Modul tiada peperiksaan akhir dinilai 100% Penilaian Berterusan, modul yang melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai berdasarkan 60% Penilaian Berterusan (PB) dan 40% Peperiksaan Akhir (PA).
    Sistem penilaian digunakan adalah berdasarkan Sistem Nilaian Mata (SNM). Satu ukuran prestasi digunakan bagi menetapkan Purata Nilai Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) dan Himpunan Nilai Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNM adalah gambaran pencapaian pada semester berkenaan. HPNM menunjukkan pencapaian pelajar setelah dihimpunkan setiap semester sehingga semester terkini.


Tempoh Dan Masa Kursus

     Kursus dijalankan dalam empat (4) semester minimum (2 tahun) dan enam (6) semester maksimum (3 tahun). Dilaksanakan pada hujung minggu seperti berikut:
Jumaat : 8.00 pagi - 7.00 petang
Sabtu : 8.00 pagi - 7.00 petang


Kemudahan

     Pelajar Kursus Secara Sambilan berhak menggunakan segala kemudahan asas Politeknik Kota Bharu seperti mana pelajar sepenuh masa. Antara kemudahan yang disediakan adalah, perpustakaan, penggunaan bilik komputer, padang permainan, bilik-bilik kuliah untuk tujuan perbincangan dan lain-lain kemudahan yang ada.

Keterangan Lanjut

     Keterangan dan maklumat lanjut berhubung Kursus Secara Sambilan boleh didapati dengan berhubung terus kepada:-

Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan
Politeknik Kota Bharu
Km 24, Pangkal Kalong
16450 Ketereh.
Tel : 09-7889641/7889344 samb 122/121


PERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN DAN KELAS AKAN DIBUKA BERDASARKAN BILANGAN CALON MINIMA 20 ORANG.

Cara Memohon

     Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah. Sila pilih satu daripada kaedah dibawah.

  • Kaedah Menggunakan Borang Permohonan.
  • Klik dibawah untuk muat turun borang Kursus Secara Sambilan (KSS).

  • Borang Permohonan KSS (format document) Borang Permohonan
    Borang Permohonan KSS (format PDF) Borang Permohonan
    Maklumat Lanjut Kursus  (Pamplet)  boleh merujuk kepada dokumen ini.

  • Setelah selesai mengisi borang berkenaan, sila lampirkan salinan kad pengenalan, salinan sijil politeknik, salinan semua keputusan peperiksaan/transkrip yang telah disahkan dan surat akuan majikan dan sila hantar borang tersebut ke Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan(ULPL), Politeknik Kota Bharu mengikut alamat seperti yang telah dinyatakan. Pastikan borang/dokumen diisi dengan lengkap dan betul. Permohonan daripada kakitangan kerajaan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing.
  • Kaedah Online.
  • Dalam Proses Pembinaan.