SELAMAT DATANG
>> Projek Penyelidikan Pendidikan Universiti Sains Malaysia yang dijalankan di Politeknik Kota Bharu, Khususnya di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Selamat Datang
Anda sekarang berada dalam sistem Student Oriented Learning Management System (SOLMS)

Student Oriented Learning Management System (SOLMS) adalah merupakan satu sistem pengantaramukaan secara “atas talian” yang direkabentuk dan dibangunkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. (PPIP, USM) di bawah pembiayaian gran penyelidikan USM. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof Madya. Dr. Sharifah Norhaidah Bt Syed Idros. Penyelidikan ini akan dijalankan oleh enam orang ahli penyelidik dari USM dengan dibantu oleh dua orang calon Ph.D USM selaku pembantu penyelidik iaitu En. Khairul Azhar Bin Mat Daud dan En. Baharuddin Bin Abdul Rahman daripada Politeknik Kota Bharu serta seorang pengaturcaraan sistem iaitu En. Azmi Bin Ayup juga dari Politeknik Kota Bharu dalam usaha untuk menjayakan pembangunan perisian esolms.

Perisian esolms ini dibangunkan adalah khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam usaha untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning-PBL) dan pembelajaran berasaskan projek (Project based learning-PjBL). Selain daripada itu, perisian esolms ini juga direkabentuk bagi mewujudkan suasana pembelajaran secara kendiri (self directed learning).

Duduk:
Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed

Dari Kanan :
1. Prof. Madya Dr. Sharifah Norhaidah Syed Idros.
2. Dr. Norizan Esa.
3. Pn. Lee Lay Wah
4. Dr. Termit Kaur
5. Dr. Ali
6. En. Khairul Azhar Mat Daud
7. En. Md. Baharuddin Abd. Rahman

Tiada Dalam Gambar
1. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan
2. En. Azmi Ayup.

Bagi memastikan penyelidikan ini menghasilkan dapatan kajian yang berkualiti, maka Politeknik Kota Bharu akan dipilih untuk menjalankan ujian alfa (Alfa Testing) bagi menguji tahap kebolehgunaan sistem e-solms. E-solms akan digunakan oleh pelajar-pelajar semester akhir di jabatan kejuruteraan mekanikal yang mengambil subjek projek J5012. Adalah diharapkan, hasil daripada dapatan ujian alfa ini membolehkan sistem e-solms diperkasakan sebelum ianya diapplikasikan kepada empat (4) politeknik lain. Pelaksanaan ujian beta (Beta Testing) akan dijalankan terhadap empat (4) buah politeknik kementerian pengajian tinggi malaysia yang akan ditentukan oleh pihak pengurusan politeknik dan kolej komuniti, kementerian pengajian tinggi malaysia.

Sistem esolms yang direkabentuk untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih fleksibel melalui palform interaktif antara pelajar, pensyarah dan ibu/bapa, adalah diharapkan dapat melahirkan suasana pembelajaran secara kendiri di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pembelajaran akan menjadi lebih terfokus sekiranya ada dorongan dan kawalan (locus of control) daripada pihak yang berautoriti terhadap pelajar tersebut untuk terus belajar. Pihak ibu-bapa akan memainkan peranan yang sewajarnya untuk sentiasa memantau kemajuan pembelajaran setiap pelajar. E-SOLMS akan memainkan peranan sebagai alat perantaraan antara ibu-bapa, pensyarah dan pelajar dalam memastikan proses pembelajaran setiap pelajar berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pensyarah dalam usaha untuk mencapai matlamat pembelajaran tersebut. Proses pengajaran tidak lagi menjadi satu keutamaan, pensyarah hanya bertindak sebagai fasilitator yang bertindak sebagai penentu kepada matlamat pembelajaran yang akan dicapai oleh pelajar manakala ibu/bapa pula bertindak sebagai pendorong yang berautoriti terhadap pelajar agar terus belajar dalam suasana yang terkawal. Dengan itu, sesi pembelajaran adalah lebih penting daripada sesi pengajaran. Selain daripada itu, faktor dalaman untuk mendorong pelajar agar terus bersemangat untuk belajar seperti faktor motivasi dan keupayaan kendiri pelajar (self-efficiacy) juga akan dinilai dalam kajian ini agar perisian e-solms dapat dibina mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Adalah diharapkan, melalui penyelidikan ini kaedah pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menjadi lebih terarah mengikut trend kaedah pembelajaran terkini dan menjadikan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Politeknik yang bertaraf dunia. Selain daripada itu, adalah diharapkan pelajar-pelajar akan dapat didedahkan dengan cara kerja yang sebenar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan projek. Dengan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek, adalah diharapkan nilai-nilai tambah pelajar seperti “soft skill”, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bersosial serta kemahiran generik pelajar akan dapat dipertingkatkan.

Sekian, Terima Kasih.