SELAMAT DATANG
>> Projek Penyelidikan Pendidikan Universiti Sains Malaysia yang dijalankan di Politeknik Kota Bharu, Khususnya di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
FAQ - Masalah Atas Talian Esolms
1. Apakah itu e-SOLMS?
e-SOLMS (Web Based-Student Oriented Learning Management System) adalah merupakan sistem web yang dibina untuk membantu pelajar belajar dalam suasana pembelajaran secara kendiri melalui kaedah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (project based learning-PjBL).

 
2. Apakah kebaikan penggunaan e-SOLMS?
Dengan menggunakan e-SOLMS, pelajar akan lebih terarah untuk belajar dan akan berasa seronak serta lebih komited untuk belajar, ini kerana terdapat faktor-faktor yang boleh mendorong pelajar untuk terus belajar dalam tahap motivasi yang tinggi bagi menyiapkan kerja-kerja projek mereka. Sistem e-SOLMS direkabentuk agar pembelajaran pelajar dapat juga di pantau oleh pensyarah dan ibu-bapa pelajar tersebut.

 
3. Bagaimana sekiranya saya terlupa katalaluan e-SOLMS?
Sekiranya anda terlupa kata laluan e-SOLMS, maka sila berhubung dengan penyelaras projek.

 
4. Adakah sistem e-SOLMS ini hanya digunakan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sahaja?
Buat masa ini, sistem e-SOLMS hanya akan digunakan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sahaja. Walaubagaimanapun, mengikut perancangan seterusnya, sistem e-SOLMS ini akan digunakan oleh setiap jabatan teras di Politeknik-Politeknik Kementerian pengajian tinggi Malaysia. Selain daripada itu, projek yang akan dilaksanakan juga boleh dijalankan diantara pelajar-pelajar setipa jabatan, dengan ini kolaborasi antara jabatan akan terjalin.

 
5. Bagaimanakah e-SOLMS akan diperkenalkan kepada Politeknik-Politeknik lain dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia?
Kita akan memanggil wakil atau pegawai IT setiap Politeknik dan akan memberi penerangan mengenai konsep kerja e-SOLMS ini yang kemudiannya akan dikendalikan oleh setiap pakar dalam bidang IT untuk mengendalikan sistem e-SOLMS.