MAKLUMAT UMUM PIN (PELAN INTEGRITI NASIONAL)
 
Objektif PIN
 

Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dengan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur."

 
Untuk melaksanakan matlamat PIN tercapai bagi lima tahun pertama (2004-2008), PIN menetapkan lima sasaran utama iaitu:
 
Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;
Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi kerenah birokrasi dan penyelewengan;
Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
Sasaran 4: Memantapkan institusi kekeluargaan dan komuniti; dan
Sasaran 5: Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
 

Bagi melaksanakan lima sasaran berkenaan terdapat lapan pelan tindakan telah dibentuk yang mengandungi strategi di bawah:

 
Strategi 1: Pelaksanaan agenda Integriti untuk institusi kekeluargaan;
Strategi 2: Pelaksanaan agenda Integriti untuk institusi komuniti;
Strategi 3: Pelaksanaan agenda Integriti untuk masyarakat sivil;
Strategi 4: Pelaksanaan agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya;
Strategi 5: Pelaksanaan agenda Integriti untuk institusi agama;
Strategi 6: Pelaksanaan agenda Integriti untuk institusi ekonomi;
Strategi 7: Pelaksanaan agenda Integriti untuk institusi politik; dan
Strategi 8: Pelaksanaan agenda Integriti untuk institusi pentadbiran.
 

Mesyuarat PIN pada 27 Ogos 2004 di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah bersetuju bahawan strategi yang ke lapan adalah yang paling relevan dengan IPTA. Ada lima strategi di bawah strategi lapan ini iaitu seperti berikut:

 
Strategi 1: Memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik;
Strategi 2: Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan;
Strategi 3: Melaksanakan program kesedaran memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta meningkatkan integriti;
Strategi 4: Memantapkan program sumber manusia; dan
Strategi 5: Memantapkan pengurusan dan pembangunan sahsiah pelajar.
 
 
 Klik Disini Bagi Status Perlaksanaan PIN Politeknik Kota Bharu 2007
 
 
 
:: Hadis Pilihan
   
   
:: Terkini
:: Makluman Kursus
MAJLIS PERTAULIAHAN & KURSUS PENGURUSAN WAKIL/PENOLONG KELAS JKE
Kursus 'Safety In Workshop'
Bengkel KMK
KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KURSUS PENGGUNAAN LAMAN WEB JKA
:: Link Politeknik
:: Hiperangkai
imm
CIDOS
:: MUAT TURUN PERISIAN
IE
Mozilla firefox
Adobe Reader
Flash Player
Shockwave Player