ARKIB PUSAT MULTIMEDIA DAN SUMBER
Koleksi Laporan Tahunan / Anual Report
Buku Laporan Tahunan 2008
Buku Laporan Tahunan 2007
Senarai Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2009
Pendaftaran Dan Minggu Suaikenal Julai 2009
 Seperti tahun yang lepas, pendaftaran pelajar telah dijalankan di Politeknik Kota Bharu bertempat di Dewan Sri Cahaya pada 06 hingga 09 Julai 2009. MSK pada semester ini mencatat sejarah sebagai penerimaan pelajar paling ramai berbanding pendaftaran sebelum ini. Disini terdapat gambar-gambar yang dapat kita berkongsi bersama ketika hari pendaftaran dan juga minggu suai kenal sesi julai 2009.
Kem Kepimpinan Perdana PKB Kali-1
 Program yang telah dirancang dengan rapi mampu melahirkan barisan pemimpin pelajar yang inovatif,proaktif dan kreatif.Selama 3 hari 2 malam, peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti berbentuk latihan dalam kumpulan, komunikasi mesra, teknik pengucapan awam, kerja berpasukan, aktiviti lasak dan kerohanian. Seramai 150 peserta telah disertai daripada persatuan jabatan dan kelab yang telah berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar. Program ini telah berjaya dilaksanakan bermula pada 19 hingga 21 Nov. 2009 di Gunung Tebu Resort dan dibantu oleh 15 fasilitator yang terdiri dari penasihat persatuan dan kelab. Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kebajikan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik KPTM.
Senarai Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2008
PKB Fest 2008
 11/11/2008, PKB telah mengadakan program yang dinamakan PKB Fest 2008. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menonjolkan PKB sebagai sebuah pusat pengajian yang mempunyai peranan yang penting di dalam menghasilkan modal insan di dalam bidang teknikal dan perniagaan di peringkat pendidikan tinggi. Pelbagai program telah dijalankan, antaranya Pameran Projek Pelajar Semester Akhir, Seminar R & D, Pembentangan kertas kerja dan pelbagai agenda lain. Selain itu, temuduga terbuka juga dibuat dan melibatkan agensi luar/syarikat swasta di dalam menjayakan program ini.
Majlis Perpisahan Pegawai Pegawai Pengurusan
 Pada 30/08/2008, PKB telah mengadakan majlis perpisahan bagi pegawai -pegawai pengurusan. Antara staf yang diraikan ialah Tn.Hj Fauzi Bin Ibrahim (Timb. Pengarah 2), En Mohd Rohaimi Bin Yusof (Ketua Jabatan JKM), En. Nor Aswadi Bin Mohd Noor (Perhubungan Awam), Tn Hj Ariff Bin Mohd Nor dan Wan Azlan Bin Wan Ismail. Majlis tersebut telah diadakan untuk merai jasa-jasa mereka sepanjang tempoh perkhidmatan berliau
Program Minggu Suai Kenal Sesi Julai 2008
 Minggu suai kenal telah diadakan pada 06 hingga 12 Julai 2008 bertempat di Dataran Gemilang. Pada hari pertama, proses pendaftaran pelajar bersama Unit Hal-Hal Pelajar telah diadakan bersama pelajar baru. Pada hari yang berikut nya, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya adalah bersama masyarakat setempat, taklimat peperiksaan, taklimat HHP, pendaftaran modul dan juga aktiviti senamrobik. Pelajar menampakkan keceriaan setelah menjalani minggu suai kenal.
Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2007
Majlis Konvokesyen Kali ke 20
 Majlis Konvokesyen kali ke 20 telah diadakan di Puteri Saadong Grand Ballroom (level 1), Hotel Grand Riverview Kota Bharu Kelantan. Majlis tersebut diadakan pada 9 dan 10 Mei 2007.
  Seramai 2445 orang graduan telah menghadiri konvokesyen pada kali ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Brs Hj. Mohammaed Fauzy Bin Abdul Hamid (Presiden Kumpulan MOFAZ) pada hari pertama dan Y.Brs. Hj Mohd Shukry Bin Salleh (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan). Majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya.
Lawatan Dato' Panglima Annuar Musa : Projek Pelajar Semester Akhir
  Lawatan dato panglima annuar hj musa telah diadakan pada 13 Mei 2007 di perkarangan Politeknik Kota Bharu. Tujuan beliau adalah untuk melihat hasil kreativiti projek yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar di jabatan kejuruteraan mekanikal (automotif) yang mana telah menghasilkan sebuah ciptaan kenderaan go cart. Seterusnya beliau telah mengadakan sidang media bersama-sama dengan wakil media.
Program Kemasyarakatan JPPKK di Jeli Kelantan
  Program Kemasyarakatan JPPKK di Jeli Kelantan telah dirasmikan oleh YAB Dato Mustapha Bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis ini telah diadakan pada 22 hingga 24 November 2007. Antara program yang diaturkan ialah taklimat kemasukan politeknik dan kolej komuniti, forum islam, sukan rakyat dan majlis bersama masyarakat. Program ini melibatkan pegawai daripada JPPKK, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Kota Kuala Terengganu, Kolej Komuniti Kota Kuala Terengganu, Kolej Komuniti Grik, Kolej Komuniti Sungai Petani Dan Universiti Malaysia Kelantan. Penganjur bersama yang menjayakan program ini melibatkan Politeknik Jeli Kelantan, Politeknik Kota Bharu dan juga lain-lain agensi dan jabatan yang terlibat.
Senarai Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2006
Aktiviti Sepanjang 2006
 
:: Hadis Pilihan
   
   
:: Terkini
:: Makluman Kursus
MAJLIS PERTAULIAHAN & KURSUS PENGURUSAN WAKIL/PENOLONG KELAS JKE
Kursus 'Safety In Workshop'
Bengkel KMK
KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KURSUS PENGGUNAAN LAMAN WEB JKA
:: Link Politeknik
:: Hiperangkai
imm
CIDOS
:: MUAT TURUN PERISIAN
IE
Mozilla firefox
Adobe Reader
Flash Player
Shockwave Player